Wednesday, 26 February 2014

aduh ~ ajai



Pernah dengar tak lagu nih..mula-mula dengar tu best sangat rentak dan liriknya.ingatkan lagu indon.bila fara google rupanya lagu si abang ajai nih..hehehe...syok sangat.kalau kat ofis tu duk putar lagu ni je..kawan-kawan duk bising..hahahha...sori ye kwan-kawan.bila da suka ke lagu tu memang duk putar 24 jam sampai jemu..



Dari duduk saje-saje fara pun mulala merajinkan jari jemari yang halus mulus ini untuk membuat video lagu ajai ni sendiri...so, siap la sudah video yang tak seberapa ni..





Ok enjoy this song orait..














Thursday, 20 February 2014

Pretzel..

Pernah makan biskut Pretzel?Best kan..sape2 yang nak oder boleh dapatkan di blog fararifqi dengan harga yang berpatutan..boleh juga dibuat sebagai hantaran perkahwinan dan buah tangan untuk seseorang yang istimewa..Sape yang berminat boleh wassup fara 0104062600..

Pretzel ni fara jual kan dan owner yang buat pretzel ni adalah Chef Nan iaitu seorang chef yang sangat dikenali di Lembaga Logo Negara.

Ada 4 flavor yang boleh didapati iaitu, coklat,nestum,oreo dan almond.Fara tolong chef jualkan.





Jalan-jalan Legoland

Siapa yang pernah pergi ke Legoland, Johor Bharu??siapa yang pernah pergi mesti dapat merasai kelainan tempat tersebut dari theme parks di Malaysia. Semua mainan dan objek di sana diperbuat daripada lego.Terdapat hampir semua bandar dari setiap negeri dibina kecuali KUANTAN.Fara pun tak tahu kenapa kuantan tiada di dalam tu.mungkin tiada apa yang menarik kot!tapi seronok dan teruja sangat berada di sana.
Dari hotelnya yang mempunyai theme family,terdapat 2 ruang dalam satu bilik.Satu untuk kids dan satu lagi utk parent. memang teruja terutamanya anak2 sedara fara.

Harga bilik??huii bila nak datang sini kena sediakan banyak duit..ada 3 jenis theme bilik yang ada, kingdom theme,pirate theme dan adventure theme..fara pilih untuk adventure theme.untuk masuk ke theme park fara ambik pakej bersama bilik..murah sikit.satu harga untuk 2 hari..murahkann....Rifqi sangat teruja bila tengok banyaknya lego..

Mari fara tunjukkan gambar-gambar yang menarik di legoland ni..baca panjang2 pun tak best kan..




ada kelas memandu untuk kanak2.siap dapat lesen lagi







real kan KLCC nih..





















Macaron

Pengalaman membuat kuih hasil tangan sendiri..

fara ni bukan jenis yang suka buat kuih-kuih ni.Makan pun tak seberapa. Tapi bila dengan satu kuih ni fara rasa teruja sangat tengok dan bila google ingredient kuih ni sangat la simple. so, cuba-cuba lah membuat tanpa ada sebarang pengalaman pun membuat kuih. Buat jemput bilis pun keras macam batu. Minat tu datang bila baca blog orang terjumpa la kuih ni di meja bufet candy..ada kuih warna warni!!wow comelnya.
Mula tengok tu masa tu tengan pregnant 4 bulan, dan terliur nak makan.alhamdullillah tiba2 ada kawan yang hadiahkan kuih ni bagi rasa..mak aiii manisnya.

Bermulala pengalaman untuk membuat macaron..hehhe..mula mula tu confident giler la..kira jadi la macaron aku nih..cewah...bila siap masak..kenapa macaron aku ni berlubang??hahaha....
Rupanya membuat kuih ni bukan la semudah yang disangka,nampak sng tapi sangat cerewet..nak buat mesti dengan penuh kesabaran..Tapi tanpa putus asa fara buat beberapa kali dan akhirnya percubaan menjadi walau tidak macam kat kedai..

Percubaan Pertama

Susun dalam bekas bajet comel la..

Ini adalah percubaan entah kali ke3.Kali kedua terus xjd..so x upload

taraaa....nmpk menjadikan..hehehe..siap beli map lagi.



Inilah yang latest fara buat untuk yang keberapa  kali ntahla..ada bentuk star n love lagi






Pengalaman Bersalin.

Assalamualaikum wbt..

Bila fara lawati setiap blog yang ada teringin pulak rasanya nak teruskan blog yang lama dah terbengkalai. Mana tau kalau ada apa2 yang nak dapat dikongsi.

Kalau sesiapa yang mengenali siapa fara rifqi mereka pasti akan tahu kisah hidup fara. sebuah kehidupan yang kadang tu gembira dan ada kalanya suram.Biasalah roda kehidupan, kalau tak ada sedih gembira tu tak seronok kan.

Fara mempunyai seorang anak yang bernama Muhammad Haidar Rifqi yang baru berusia 10 bulan. Masa mengandungkan rifqi fara tiada apa apa masalah, alhamdullillah alahan pun tidak teruk dan fara boleh menjalani kehidupan seperti biasa cuma biasalah morning sickness tu xboleh nak lari lah kan. Sehinggalah kandungan fara mencecah ke usia 9 bulan, fara selamat melahirkan anak lelaki yang sangat comel melalui pembedahan. Fara ni mempunyai masalah ketinggian tidak cukup untuk bersalin secara normal yang menyebabkan jalan servik sempit.tapi almaklumlah bila bersalin di hospital kerajaan ni kena lah ikut prosedur. Doktor minta agar fara bersalin secara normal dulu samada lepas atau tidak baby fara nanti. Dari pukul 2.30 pagi fara sakit sehingga lah jam 10.00 pagi baru 4cm jalan buka dan doktor minta supaya fara dimasukkan ke labor room. Dengann menahann sakit yang teramat, pada jam 3.00 petang baru jalan buka 10cm dan dok suruh teran.

Bila lebih kurang sejam fara meneran tapi masih tidak berjaya, akhirnya dok masukkan fara ke bilik bedah..ketika itu bermacam2 bermain di fikiran fara.Kalau dari awal dok buat ceaser taklah jadi macam ni.Akhirnya fara selamat bersalin pada jam 4.40 petang. Itulah pengalaman yang sangat seronok yang hanya kaum hawa sahaja yang dapat merasainya.Kehadirannya hanya diiringi dengan airmata kesyukuran. Pertama kali di bedah, tiada pengalaman.Fara tidak dibenarkan bangun selama 6 jam dan selama itu hanya boleh tidur saje...bila cukup 6 jam fara terus bangun ke bilik air untuk mencuci darah2 yang sudah banyak tanpa pertolongan NURSE pun..hehehe...berjalan bertongkatkan dinding sampailah nurse risau dan mencari di mana fara..

Ketika berpantang la masa yang sangat x best bila semua benda tak boleh makan.44 hari hanya makan nasi putih dan ikan kering..huhu..terliur bila tengok orang makan mcd n kfc.xsabarnya la nak abih pantang masa tu.heheh tapi dalam diam2 cubit2 jugak la nanti kempunan..hahahaa...bila da abih pantang apa lagi NGAP lah....tapi sampi sekarang air batu masih lagi PANTANG..takut perut buncit.

Thursday, 7 November 2013

Asma 'Ul Husna

 ASMA 'UL HUSNA ALLAH
 
  ASMA 'UL HUSNA ALLAH PENGERTIAN
1 Allah Allah
2 Ar Rahman Ar Rahim Pengasih dan Penyayang
3 Al Malik Berkuasa
4 Al Quddus Suci
5 As Salam Sejahtera
6 Al Mukmin Pengaman
7 AL Muhaimin Pemelihara/Pelindung
8 Al 'Aziz Perkasa
9 Al Jabbar Menundukkan/Pemaksa
10 AL Mutakabbir Kebesaran
11 Al Kholiq Pencipta
12 Al Baari' Perancang/Mewujudkan
13 Al Musowwir Perekabentuk
14 Al Goffar Pengampun
15 Al Qohhar Perkasa/Menundukkan
16 Al Wahhab Pemberi
17 Al Razzaq Pemberi Rezeki
18 AL Fattah Pembuka
19 Al 'Alim Mengetahui
20 Al Qobidh Menyempitkan/Mengendali diri
21 AL Basith Melapang
22 Al Khafidh Merendahkan/Penghina
23 Al Rafi' Meninggikan
24 Al Mu'iz Kemuliaan
25 Al Mudzill Merendahkan
26 AS Sami' Mendengar/Memahami
27 Al Bashir Melihat
28 Al Hakam Menghukum/Menilai
29 Al 'Adl Adil
30 Al Lathif Lembut
31 al Khobir Waspada/mengetahui
32 Al Halim Penyantun
33 Al Adzim Agong
34 Al Ghofur Pengampun
35 As Syakur Bersyukur/Menghargai
36 Al Aliy Tinggi
37 Al kabir Besar
38 Al Hafidz Pemelihara/Pelindung
39 Al Muqit Kekuatan/Memelihara
40 Al Hasib Membuat Perhitungan/Mencukupi
41 Al Jalil Luhur/Agung
42 Al Karim Mulia
43 Ar Roqib Mengawasi
44 Al Mujib Memperkenankan/Mengabulkan
45 Al Wasi' Luas
46 Al Hakim Bijaksana
47 Al Wadud Mengasihi/Pencinta
48 Al Majid Mulia/Agung
49 Al Ba'its Memotivasi/Membangkitkan
50 As Syahid Menyaksikan
51 Al Haqq Benar
52 Al Wakil Penjamin/Pemelihara
53 Al Qawiy Kekuatan
54 Al Matin Kukuh/Teguh
55 Al Waliy Melindungi
56 Al Hamid Terpuji
57 Al Muhshi Menghitung
58 Al Mubdi' Memulakan
59 Al Mu'id Mengembalikan
60 Al Muhyi Menghidupkan
61 Al Mumit Mematikan
62 Al Hayyu Hidup
63 AL Qayyum Berdiri Sendiri/Berdikari
64 Al Wajid Menemukan
65 Al Majid Mulia
66 AL Wahid Esa
67 Als Samad Diperlukan/Tempat meminta
68 Al Ahad Esa/Menyatukan
69 Al Qodir Kuasa
70 Al Muqtadir Menentukan
71 Al Muqoddim Mendahulukan
72 Al Mu'akhir Mengakhirkan/Melewatkan
73 Al Awwal Awal
74 Al Akhir Akhir/Visioner
75 Al Zohir Nyata
76 Al Bathin Tersembunyi
77 Al Waaliy Pemerintah/Menguasai Urusan
78 Al Muta'ali Tinggi/Suci
79 Al Barr Baik/Dermawan
80 Al Tawwab Menerima Taubat/Menerima kesalahan
81 AL Muntaqim Pembalas/Penyiksa
82 Al 'Afuww Pemaaf
83 Al Ro'uf Mengasihi
84 Al Malikul Mulk Pemilik Kerajaan
85 Al Dzal Jalalil Wal Ikram Pemilik Keagungan dan kemuliaan
86 Al Muqsith Mengadili
87 AL Jami' Penghimpun
88 Al Ghoniy Kaya
89 Al Mughni Pemberi Kekayaan
90 Al Mani' Mencegah
91 Adh Dhorru Membuat/Pemberi bahaya
92 Al Nafi' Pemberi Manafaat
93 Al Nur Pemberi/Pemilik Cahaya
94 Al Haadi Memberi Petunjuk
95 Al Badi' Pencipta Keindahan
96 Al Baaqi Kekal
97 AL Wariths Mewarisi
98 Ar Rasyid Cerdas/Pandai
99 As Sobur Penyabar