Assalamualaikum wbt..
Bila fara lawati setiap blog yang ada teringin pulak rasanya nak teruskan blog yang lama dah terbengkalai. Mana tau kalau ada apa2 yang nak dapat dikongsi.
Kalau sesiapa yang mengenali siapa fara rifqi mereka pasti akan tahu kisah hidup fara. sebuah kehidupan yang kadang tu gembira dan ada kalanya suram.Biasalah roda kehidupan, kalau tak ada sedih gembira tu tak seronok kan.
Fara mempunyai seorang anak yang bernama Muhammad Haidar Rifqi yang baru berusia 10 bulan. Masa mengandungkan rifqi fara tiada apa apa masalah, alhamdullillah alahan pun tidak teruk dan fara boleh menjalani kehidupan seperti biasa cuma biasalah morning sickness tu xboleh nak lari lah kan. Sehinggalah kandungan fara mencecah ke usia 9 bulan, fara selamat melahirkan anak lelaki yang sangat comel melalui pembedahan. Fara ni mempunyai masalah ketinggian tidak cukup untuk bersalin secara normal yang menyebabkan jalan servik sempit.tapi almaklumlah bila bersalin di hospital kerajaan ni kena lah ikut prosedur. Doktor minta agar fara bersalin secara normal dulu samada lepas atau tidak baby fara nanti. Dari pukul 2.30 pagi fara sakit sehingga lah jam 10.00 pagi baru 4cm jalan buka dan doktor minta supaya fara dimasukkan ke labor room. Dengann menahann sakit yang teramat, pada jam 3.00 petang baru jalan buka 10cm dan dok suruh teran.
Bila lebih kurang sejam fara meneran tapi masih tidak berjaya, akhirnya dok masukkan fara ke bilik bedah..ketika itu bermacam2 bermain di fikiran fara.Kalau dari awal dok buat ceaser taklah jadi macam ni.Akhirnya fara selamat bersalin pada jam 4.40 petang. Itulah pengalaman yang sangat seronok yang hanya kaum hawa sahaja yang dapat merasainya.Kehadirannya hanya diiringi dengan airmata kesyukuran. Pertama kali di bedah, tiada pengalaman.Fara tidak dibenarkan bangun selama 6 jam dan selama itu hanya boleh tidur saje...bila cukup 6 jam fara terus bangun ke bilik air untuk mencuci darah2 yang sudah banyak tanpa pertolongan NURSE pun..hehehe...berjalan bertongkatkan dinding sampailah nurse risau dan mencari di mana fara..
Ketika berpantang la masa yang sangat x best bila semua benda tak boleh makan.44 hari hanya makan nasi putih dan ikan kering..huhu..terliur bila tengok orang makan mcd n kfc.xsabarnya la nak abih pantang masa tu.heheh tapi dalam diam2 cubit2 jugak la nanti kempunan..hahahaa...bila da abih pantang apa lagi NGAP lah....tapi sampi sekarang air batu masih lagi PANTANG..takut perut buncit.
No comments:
Post a Comment